- Pertandingan ini terbuka kepada semua taman-taman perumahan yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang(MPKj).
- Setiap taman hendaklah mengemukakan permohonan melalui pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk zon masing-masing.
- Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu Perumahan Teres dan Perumahan Bertingkat serta minimum 30 unit rumah bagi setiap penyertaan.
- Setiap kategori akan diperuntukkan sebanyak RM15000 wang tunai iaitu merangkumi tempat pertama RM5000, tempat kedua RM4000, tempat ketiga RM3000, tempat keempat RM2000 dan tempat kelima RM1000.
- Setiap persatuan perlulah mempunyai akaun persatuan untuk memudahkan penyaluran hadiah wang tunai kepada pemenang.
- Pemenang tempat pertama pertandingan kejiranan terbaik MPP MPKj 2013 bagi Kategori Teres dan Bertingkat tidak boleh menyertai pertandingan pada tahun ini bagi memberi peluang kepada kejiranan yang lain.
- Penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada MPKj sebelum atau pada 22 Ogos 2014. Penilaian ke atas taman akan dibuat sepanjang bulan September 2014.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Untuk muat turun borang penyertaan sila klik link di bawah.
Pages
Perutusan YDP
Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.
Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.
Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.
Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.
Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Promotion
Thursday, August 7, 2014
Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2014
Wednesday, July 23, 2014
Penutupan Kaunter Cawangan Hasil MPKj Pada 30hb Julai 2014
- Kios Bayaran (24 jam di pondok pengawal Menara MPKj) dan Kios Bayaran di Lobi Menara MPKj.
- Semua Pejabat Pos dan Pos Mini di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya / PosOnline – www.posonline.com.my
- Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) di Negeri Selangor. Hanya bil asal, bayaran secara tunai dan penuh sahaja yang akan diterima.
- e-Bayar – www.mpkj.gov.my / Maybank – www.Maybank2u.com.my , Kawanku Phone Banking / Citibank online – www.citibank.com.my / MBF ‘click n’ pay – www.mbfcards.com , ‘call n’ pay’ / HSBC Internet Banking – www.hsbc.com.my , Telebanking / AmBank Online Banking – www.ambankgroup.com / RHB Bank Online – www.rhb.com.my / AMEX Autobilling / Bank Rakyat – www.bankrakyat.com.my, Kaunter Bank / CIMB Bank – www.cimbclicks.com.my /
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Monday, July 14, 2014
Cukai Taksiran Penggal Kedua 2014
MPKj juga mengingatkan semua pemilik harta supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran mereka dengan kadar segera bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan undang-undang yang lebih keras. Sehingga kini, MPKj telah menyerahkan sebanyak 3,000 nama pemilik premis yang tegar kepada peguam panel untuk diambil tindakan di bawah Seksyen 156, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu proses tuntutan melalui mahkamah dan tindakan di bawah Seksyen 151 Akta yang sama iaitu tindakan untuk melelong hartanah mereka. Tindakan tegas ke atas penunggak-penunggak cukai taksiran ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga semua tunggakan dijelaskan oleh pemilik harta.
Monday, July 7, 2014
Pelaksanaan Projek Single Sign On (MAMPU) Untuk Perkhidmatan Online Bagi PBT di Selangor
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah membangunkan fungsi single sign-on pada Portal myGovernment di bawah Projek Single Sign On (SSO).
Projek ini akan mewujudkan satu gerbang utama bagi perkhidmatan online Kerajaan di mana pengguna hanya perlu menggunakan 1 Login-ID sahaja untuk mencapai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan.
Sebanyak 30 agensi Kerajaan telah dipilih sebagai perintis termasuk 5 PBT di Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Perkhidmatan berkenaan boleh diakses melalui Portal myGovernment (www.malaysia.gov.my) dengan hanya satu ID pengguna sahaja berkuatkuasa pada 29 April 2014.