Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Wednesday, May 15, 2013

Program Siri Jelajah Kempen Migrasi Meter Air Individu

Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor akan menganjurkan KLINIK PERMAI (Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu). Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah.


  1. Jemputan ke Klinik Permai (Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu)
 
  2.  Borang Pengesahan Kehadiran
 

Sekian, harap maklum.

Wednesday, May 8, 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Majlis Perbandaran Kajang

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 MPKj telah diadakan pada 30 April 2013 di Dewan Gemilang, German Malaysian Institute. Majlis telah disempurnakan Oleh Dato' Hasan Nawawi B. Abd Rahman, Dato' Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan majlis ini adalah untuk memberi penghargaan & pengiktirafan kepada kakitangan yang cemerlang pada tahun 2012. Pengiktirafan ini juga sebagai galakan kearah memantapkan produktiviti dan kualiti serta menjadi perangsang kepada kakitangan supaya lebih tekun & bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Seramai 40 kakitangan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 7 kakitangan yang bersara, 5 kakitangan yang telah meninggal dunia & 3 penerima anugerah kecemerlangan akademik SPM anak kakitangan MPKj 2012. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan-persembahan dari kakitangan MPKj & 50 hadiah cabutan bertuah.

Pihak Majlis mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima anugerah kerana telah memberi komitmen serta dedikasi yang tinggi dalam menjalankan tugas. Diharapkan juga akan menjadi contoh dan motivasi kepada semua warga Majlis Perbandaran Kajang.