Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Friday, December 24, 2010

TAWARAN PENGIKLANAN SECARA DIGITAL MELALUI PROGRAM PENSWASTAAN MPKj

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kajang dengan ini menawarkan mana-mana syarikat yang berminat untuk melaksanakan kerja-kerja Pengiklanan Secara Digital di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang melalui Program Penswastaan (Usahasama) adalah dijemput untuk mengemukakan cadangan ke :

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Tingkat 4, Menara MPKj
Off Jalan Cempaka Putih
Jalan Semenyih, 43000 Kajang

Sekian, harap maklum.

Wednesday, December 15, 2010

KEJOHANAN FUTSAL PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 2010


Tarikh : 19hb Disember 2010 (Ahad)

Tempat : Galaxy Futsal, Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Yuran Penyertaan : RM100.00 (sepasukan)
- Setiap penyertaan akan diberikan 8 helai T-Shirt kejohanan

Jumlah Pasukan : Terhad kepada 32 pasukan terawal sahaja

Pendaftaran : Borang Pendaftaran boleh didapati di Bahagian Kebudayaan, Sukan & Rekreasi,
Tingkat 6, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj.
atau hubungi En. Raymi (013-3001320) & En. Darul (012-2215754)

Hadiah : Johan : RM1000.00 + Piala Iringan + Sijil
N.Johan : RM750.00 + Piala Iringan + Sijil
Ketiga : RM500.00 + Sijil
Keempat : RM300.00 + Sijil
Kelima - Kelapan : Hamper + Sijil

Tarikh Tutup : 18hb Disember 2010 (Sabtu)

KARNIVAL 1001 RASA SATE KAJANG 2010


Pada 4hb - 5hb Disember 2010 (8.30 pagi - 11.30 malam) bertempat di Stadium Kajang, MPKj dengan kerjasama Tourism Selangor dan Pengusaha-Pengusaha Sate Kajang telah menganjurkan Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2010.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman selaku YDP Majlis Perbandaran Kajang. Tujuan karnival ini diadakan ialah untuk memperkenalkan Sate Kajang sebagai produk pelancongan utama di Kajang dan Pembakaran 123 jenis sate 'Malaysia Book of Record' termasuk sate eksotik.

Antara yang hadir memeriahkan karnival ini ialah Pengurus Besar Tourism Selangor, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah dan Kakitangan MPKj dan orang awam. Pelbagai acara sampingan telah diadakan antaranya ialah Pembakaran Pelbagai Jenis Sate, Futsal Padang, Bola Jaring, Pertandingan Memasak, Mengukir Buah-Buahan, Pertandingan Idola Kecil dan Kajang Idol, Pertandingan Raja Sate, Menganyam Ketupat, Mencucuk Sate, Permainan Rakyat, Rekacipta Bahan Terbuang dan Pertandingan Kompang Berirama.

Sumber :
Bahagian Kebudayaan & Rekreasi, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj.

Wednesday, December 8, 2010

PROGRAM RIADAH MENDAKI GUNUNG NUANG & SESI MENANAM POKOK


Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Program Riadah Mendaki Gunung Nuang & Sesi Menanam Pokok pada 28hb Nov 2010 bertempat di dataran Gunung Nuang. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan Pegawai dan Kakitangan MPKj, Ahli-Ahli Majlis dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Antara yang turut hadir ialah Pengerusi dan Jawatankuasa PeBT serta wakil dari Jabatan Perhutanan Daerah.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta pada pukul 7.00 pagi. Seterusnya pada pukul 7.30 pagi sesi senamrobik bermula sehingga pukul 8.00 pagi. Pembahagian kumpulan oleh ketua teknikal urusetia dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Setelah tiba di pintu gerbang laluan hutan Gunung Nuang, YBhg. Dato' YDP MPKj memulakan acara menanam pokok bersama Ahli Majlis. Seterusnya para peserta memulakan pendakian sehingga 'check point' Kem Lolo, Gunung Nuang.

Program pendakian berakhir kira-kira pada pukul 12.30 tengahari. Kemudian upacara perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman selaku YDP Majlis Perbandaran Kajang. Sebelum berakhir, sesi cabutan bertuah dijalankan. Lebih 200 buah hamper telah diberikan kepada peserta yang bertuah. Program ini berakhir pada pukul 2.00 petang.

Sumber :
Bahagian Kebudayaan & Rekreasi, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj.

HULU LANGAT ADVENTURE RACE 2010 MPKj


Persatuan Kembara Negara dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Hulu Langat Adventure Race 2010 pada 20hb November hingga 21hb November 2010 bertempat di dataran Gunung Nuang, Hulu Langat. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pelepasan peserta bagi program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Khalid bin Yunus selaku Presiden PKN. Manakala upacara perasmian penutup dan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman selaku YDP Majlis Perbandaran Kajang.

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Campuran Terbuka. Setiap pasukan adalah terdiri daripada 2 orang peserta. Hulu Langat Adventure Race 2010 telah disertai sebanyak 25 pasukan dari Kategori Lelaki Terbuka dan 25 pasukan dari Kategori Campuran Terbuka. Objektif program ini diadakan adalah untuk menggalakkan program sukan yang bercirikan disiplin sukan lasak serta memperkenalkan Eco-Tourism di sekitar kawasan Hulu Langat.

Antara yang hadir pada hari tersebut ialah YBhg. Dato' Hj. Khalid bin Yunus selaku Presiden PKN. Wakil dari Pejabat Hutan, Jabatan Pertahanan Awam, BOMBA, PDRM, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan UKM. Antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh peserta ialah Berlari, Berbasikal, Jungle Tracking, Merempuh Halangan (Absailing), dan Berkayak sejauh 55 KM secara keseluruhannya.

Hadiah kejuaraan adalah sebanyak RM3000, tempat Ke-2 sebanyak RM2000 dan tempat Ke-3 adalah sebanyak RM1000 bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Pertandingan Hulu Langat Adventure Race MPKj ini adalah program tahunan dan dijangkakan pada tahun 2011 ianya akan dilaksanakan pada bulan Disember 2011.

Sumber :
Bahagian Kebudayaan & Rekreasi, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj.