Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Tuesday, May 24, 2011

Program Jati Diri Ibu Tunggal Hulu Langat

Program Jati Diri Ibu Tunggal Hulu Langat akan diadakan pada 24-26hb Jun 2011 bertempat di Hotel Oriental Crystal Kajang.

Kepada semua warga di bawah pentadbiran MPKj yang berumur 45 tahun ke bawah dan berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi En. Mohd Faizal bin Mustafa di talian 03-87377899 samb 7003 atau Puan Mazura di samb 7057 / 7154.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10hb Jun 2011.

Harap maklum.

Wednesday, May 18, 2011

SEMINAR PEMERKASAAN USAHAWAN NEGERI SELANGOR 2011

Majlis Perbadaran Kajang dan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dengan kerjasama Unit Perancangan Ekonomi
Selangor telah menganjurkan Seminar Pemerkasaan Usahawan Negeri Selangor 2011 pada 4hb Mei 2011 bertempat di
Dewan Bandaran Kajang.

Seminar telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Dr. Hj. Yaakob Bin Sapari selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan
Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.

Objektif seminar ini diadakan ialah untuk Mendedahkan peniaga dan usahawan mendalami ilmu-ilmu perniagaan yang
berkesan dan juga cara-cara pemasaran yang terkini seperti penggunaan laman web. Seminar yang terbuka kepada semua
ini disertai oleh peniaga, usahawan dan juga lepasan universiti.

Sesi pagi dimulakan dengan ceramah usahawan yang menerangkan teknik-teknik perniagaan yang berkesan, kemudian disambung
dengan teknik pemasaran mengunakan laman web. Sesi petang dimulakan dengan penerangan ringkas daripada wakil-wakil agensi
pinjaman kredit seperti BSN, Agro Bank, Mimbar, Skim Sel, Amanah Ikhtiar Malaysia dan SME Bank. Selepas sesi taklimat
ringkas tersebut, sesi dialog dijalankan antara peserta seminar dan panel-panel yang terdiri daripada agensi-agensi pinjaman
kredit dan wakil Bahagian Pelesenan dan Bahagian Pengurusan Harta MPKj.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Y.B. Tuan Dr. Hj. Yaakob Bin Sapari dan program tamat pada jam 5.30 petang.


Sumber :
Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj.