Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua warga MPKj dan penduduk di bawah pentadbiran MPKj...... Mulai 28 Februari 2007, saya telah dilantik sebagai YDP MPKj dan saya menerima tugas ini sebagai satu amanah dan ianya satu tanggungjawab yang saya cuba untuk laksanakan sebaik mungkin. Saya memohon kerjasama dari semua warga MPKj, Ahli-ahli Majlis dan semua penduduk untuk memberi kerjasama dan sokongan dalam melaksanakan tugas saya.

Tanpa kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan-tuan, amatlah susah untuk saya menjalankan tugas saya sebagai YDP MPKj, dimana satu jawatan yang mencabar. Tugas ini akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak. Dalam masa ini, saya cuba memahami dasar-dasar dan pogram-pogram 7 jabatan dan beberapa unit termasuk masalah-masalah yang sedang dihadapi mereka sekarang. Dasar-dasar dan pogram-pogram yang sedang dilaksanakan akan diteruskan jika terbukti keberkesanannya.

Saya juga akan berusaha untuk berkenalan dan bermesra dengan penduduk-penduduk di bawah pentadbiran MPKj melalui program-program yang dianjurkan oleh MPP dan lain-lain badan yang diiktiraf oleh MPKj. Maklumbalas daripada penduduk-penduduk adalah penting. Pandangan-pandangan dan komen-komen yang membina akan diambil kira dalam melaksanakan tanggungjawab MPKj. Maklumbalas boleh disampaikan melalui lisan, bertulis atau terus menggunakan laman web MPKj – www.mpkj.gov.my. Sistem penyampaian perkhidmatan MPKj kepada pelanggan akan terus disemak dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor, perkhidmatan asas MPKj kepada penduduk akan diberi keutamaan.

Di samping itu, MPKj akan berusaha supaya penduduk merasa selesa, selamat dan seronok tinggal di kawasan MPKj. Pembangunan insan, pembangunan infrastruktur dan fizikal serta kemajuan perniagaan dan perpaduan kaum akan terus dipertingkatkan.

SALAM MESRA daripada YDP kepada semua warga MPKj dan seluruh penduduk di bawah pentadbiran MPKj.

"HEALTH IS WEALTH"

Y.Bhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Kajang

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin


Dari Kami Semua Warga Kerja MPKj.

Penutupan Kaunter Cawangan Hasil MPKj Pada 30hb Julai 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Kaunter Cawangan Hasil MPKj di BANDAR TUN HUSSEIN ONN dan KOMPLEKS HENTIAN KAJANG, JALAN REKO akan DITUTUP pada 30 JULAI 2014. Walau bagaimanapun, segala urusan pertanyaan / pembayaran masih boleh dilakukan seperti biasa di Kaunter Utama, Menara MPKj pada hari tersebut.
Selain itu, pembayaran Cukai Taksiran juga boleh dibuat melalui :
  • Kios Bayaran (24 jam di pondok pengawal Menara MPKj) dan Kios Bayaran di Lobi Menara MPKj.
  • Semua Pejabat Pos dan Pos Mini di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya / PosOnline – www.posonline.com.my
  • Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) di Negeri Selangor. Hanya bil asal, bayaran secara tunai dan penuh sahaja yang akan diterima.
  • e-Bayar – www.mpkj.gov.my / Maybank – www.Maybank2u.com.my , Kawanku Phone Banking / Citibank online – www.citibank.com.my / MBF ‘click n’ pay – www.mbfcards.com , ‘call n’ pay’ / HSBC Internet Banking – www.hsbc.com.my , Telebanking / AmBank Online Banking – www.ambankgroup.com / RHB Bank Online – www.rhb.com.my / AMEX Autobilling / Bank Rakyat – www.bankrakyat.com.my, Kaunter Bank / CIMB Bank – www.cimbclicks.com.my /

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Monday, July 14, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL QURAN


Cukai Taksiran Penggal Kedua 2014

PERHATIAN kepada pemilik harta di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang, bil cukai taksiran bagi penggal kedua Julai hingga Disember 2014 telah pun dikeluarkan dan dihantar melalui pos pada pertengahan Jun 2014 yang lalu. Bagi pemilik yang belum menerima bil cukai taksiran, adalah dinasihatkan untuk hadir ke Menara MPKj atau kaunter-kaunter cawangan MPKj di Kompleks Hentian, Jalan Reko dan Bandar Tun Hussein Onn untuk mendapatkan bil salinan dan membuat pembayaran sebelum 31 Ogos 2014. Pemilik juga boleh membuat semakan dan pembayaran di laman sesawang MPKj iaitu www.mpkj.gov.my melalui pautan e-Taksiran dan e-Bayar. Selain itu kaunter bayaran di Menara MPKj juga dibuka pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Am dan Cuti Khas bermula pada 5 Julai 2014 sehingga 14 September 2014 dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

MPKj juga mengingatkan semua pemilik harta supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran mereka dengan kadar segera bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan undang-undang yang lebih keras. Sehingga kini, MPKj telah menyerahkan sebanyak 3,000 nama pemilik premis yang tegar kepada peguam panel untuk diambil tindakan di bawah Seksyen 156, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu proses tuntutan melalui mahkamah dan tindakan di bawah Seksyen 151 Akta yang sama iaitu tindakan untuk melelong hartanah mereka. Tindakan tegas ke atas penunggak-penunggak cukai taksiran ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga semua tunggakan dijelaskan oleh pemilik harta.

Monday, July 7, 2014

Pelaksanaan Projek Single Sign On (MAMPU) Untuk Perkhidmatan Online Bagi PBT di Selangor



Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah membangunkan fungsi single sign-on pada Portal myGovernment di bawah Projek Single Sign On (SSO).


Projek ini akan mewujudkan satu gerbang utama bagi perkhidmatan online Kerajaan di mana pengguna hanya perlu menggunakan 1 Login-ID sahaja untuk mencapai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan.


Sebanyak 30 agensi Kerajaan telah dipilih sebagai perintis termasuk 5 PBT di Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Perkhidmatan berkenaan boleh diakses melalui Portal myGovernment (www.malaysia.gov.my) dengan hanya satu ID pengguna sahaja berkuatkuasa pada 29 April 2014.