Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Friday, December 24, 2010

TAWARAN PENGIKLANAN SECARA DIGITAL MELALUI PROGRAM PENSWASTAAN MPKj

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kajang dengan ini menawarkan mana-mana syarikat yang berminat untuk melaksanakan kerja-kerja Pengiklanan Secara Digital di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang melalui Program Penswastaan (Usahasama) adalah dijemput untuk mengemukakan cadangan ke :

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Tingkat 4, Menara MPKj
Off Jalan Cempaka Putih
Jalan Semenyih, 43000 Kajang

Sekian, harap maklum.

Wednesday, December 15, 2010

KEJOHANAN FUTSAL PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 2010


Tarikh : 19hb Disember 2010 (Ahad)

Tempat : Galaxy Futsal, Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang

Yuran Penyertaan : RM100.00 (sepasukan)
- Setiap penyertaan akan diberikan 8 helai T-Shirt kejohanan

Jumlah Pasukan : Terhad kepada 32 pasukan terawal sahaja

Pendaftaran : Borang Pendaftaran boleh didapati di Bahagian Kebudayaan, Sukan & Rekreasi,
Tingkat 6, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj.
atau hubungi En. Raymi (013-3001320) & En. Darul (012-2215754)

Hadiah : Johan : RM1000.00 + Piala Iringan + Sijil
N.Johan : RM750.00 + Piala Iringan + Sijil
Ketiga : RM500.00 + Sijil
Keempat : RM300.00 + Sijil
Kelima - Kelapan : Hamper + Sijil

Tarikh Tutup : 18hb Disember 2010 (Sabtu)

KARNIVAL 1001 RASA SATE KAJANG 2010


Pada 4hb - 5hb Disember 2010 (8.30 pagi - 11.30 malam) bertempat di Stadium Kajang, MPKj dengan kerjasama Tourism Selangor dan Pengusaha-Pengusaha Sate Kajang telah menganjurkan Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2010.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman selaku YDP Majlis Perbandaran Kajang. Tujuan karnival ini diadakan ialah untuk memperkenalkan Sate Kajang sebagai produk pelancongan utama di Kajang dan Pembakaran 123 jenis sate 'Malaysia Book of Record' termasuk sate eksotik.

Antara yang hadir memeriahkan karnival ini ialah Pengurus Besar Tourism Selangor, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah dan Kakitangan MPKj dan orang awam. Pelbagai acara sampingan telah diadakan antaranya ialah Pembakaran Pelbagai Jenis Sate, Futsal Padang, Bola Jaring, Pertandingan Memasak, Mengukir Buah-Buahan, Pertandingan Idola Kecil dan Kajang Idol, Pertandingan Raja Sate, Menganyam Ketupat, Mencucuk Sate, Permainan Rakyat, Rekacipta Bahan Terbuang dan Pertandingan Kompang Berirama.

Sumber :
Bahagian Kebudayaan & Rekreasi, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj.

Wednesday, December 8, 2010

PROGRAM RIADAH MENDAKI GUNUNG NUANG & SESI MENANAM POKOK


Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Program Riadah Mendaki Gunung Nuang & Sesi Menanam Pokok pada 28hb Nov 2010 bertempat di dataran Gunung Nuang. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan Pegawai dan Kakitangan MPKj, Ahli-Ahli Majlis dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Antara yang turut hadir ialah Pengerusi dan Jawatankuasa PeBT serta wakil dari Jabatan Perhutanan Daerah.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta pada pukul 7.00 pagi. Seterusnya pada pukul 7.30 pagi sesi senamrobik bermula sehingga pukul 8.00 pagi. Pembahagian kumpulan oleh ketua teknikal urusetia dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Setelah tiba di pintu gerbang laluan hutan Gunung Nuang, YBhg. Dato' YDP MPKj memulakan acara menanam pokok bersama Ahli Majlis. Seterusnya para peserta memulakan pendakian sehingga 'check point' Kem Lolo, Gunung Nuang.

Program pendakian berakhir kira-kira pada pukul 12.30 tengahari. Kemudian upacara perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman selaku YDP Majlis Perbandaran Kajang. Sebelum berakhir, sesi cabutan bertuah dijalankan. Lebih 200 buah hamper telah diberikan kepada peserta yang bertuah. Program ini berakhir pada pukul 2.00 petang.

Sumber :
Bahagian Kebudayaan & Rekreasi, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj.

HULU LANGAT ADVENTURE RACE 2010 MPKj


Persatuan Kembara Negara dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Hulu Langat Adventure Race 2010 pada 20hb November hingga 21hb November 2010 bertempat di dataran Gunung Nuang, Hulu Langat. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pelepasan peserta bagi program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Khalid bin Yunus selaku Presiden PKN. Manakala upacara perasmian penutup dan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman selaku YDP Majlis Perbandaran Kajang.

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Campuran Terbuka. Setiap pasukan adalah terdiri daripada 2 orang peserta. Hulu Langat Adventure Race 2010 telah disertai sebanyak 25 pasukan dari Kategori Lelaki Terbuka dan 25 pasukan dari Kategori Campuran Terbuka. Objektif program ini diadakan adalah untuk menggalakkan program sukan yang bercirikan disiplin sukan lasak serta memperkenalkan Eco-Tourism di sekitar kawasan Hulu Langat.

Antara yang hadir pada hari tersebut ialah YBhg. Dato' Hj. Khalid bin Yunus selaku Presiden PKN. Wakil dari Pejabat Hutan, Jabatan Pertahanan Awam, BOMBA, PDRM, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan UKM. Antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh peserta ialah Berlari, Berbasikal, Jungle Tracking, Merempuh Halangan (Absailing), dan Berkayak sejauh 55 KM secara keseluruhannya.

Hadiah kejuaraan adalah sebanyak RM3000, tempat Ke-2 sebanyak RM2000 dan tempat Ke-3 adalah sebanyak RM1000 bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Pertandingan Hulu Langat Adventure Race MPKj ini adalah program tahunan dan dijangkakan pada tahun 2011 ianya akan dilaksanakan pada bulan Disember 2011.

Sumber :
Bahagian Kebudayaan & Rekreasi, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj.

Tuesday, November 30, 2010

PESTA 1001 RASA SATE KAJANG


Pesta 1001 Rasa Sate Kajang julung kali diadakan pada tahun 2010 ini. Sertailah kami bagi memeriahkan program ini serta acara-acara sampingan yang disediakan...

TARIKH : 4 & 5 DISEMBER 2010
HARI : SABTU & AHAD MASA : 9.30 PAGI - 11.00 MALAM
TEMPAT : STADIUM KAJANG


Acara-Acara Sampingan :-

  • Pertandingan Idola Kecil
  • Pertandingan Kajang Idol
  • Futsal Padang
  • Bola Jaring
  • Permainan Rakyat (Congkak / Dam Aji / Pukul Bantal / Sepak Raga Bulatan)
  • Pertandingan Kompang Berirama
  • Rekacipta Bahan Terbuang
  • Mengukir Buah-Buahan
  • Pembakaran Pelbagai Jenis Sate
  • Pertandingan Raja Sate
  • Pertandingan Menganyam Ketupat
  • Pertandingan Mencucuk Sate

Sebarang Pertanyaan & Pendaftaran Sila Hubungi Pihak Urusetia :-

  • En. Muhammad Raymi (013-3001320)
  • En. Sufi (017-2529659)
  • En. Khairul (Kiloi) (017-6278796)
DAFTARLAH SEKARANG! HADIAH-HADIAH MENARIK MENANTI ANDA...!

Thursday, October 7, 2010

PENGUMUMAN PERKHIDMATAN E-BAYAR

Kepada pelanggan yang dihormati:

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menyediakan perkhidmatan eBayar (pembayaran cukai taksiran secara online)melalui Laman Web MPKj (www.mpkj.gov.my) menggunakan kad kredit. Perkhidmatan ini telah boleh digunakan mulai 30 September 2010. Sebarang pertanyaan dan kemuskilan boleh diajukan kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Hasil.

Sila klik link di bawah untuk terus ke ruangan e-Bayar: http://www.mpkj.gov.my/web/guest/ebayar

Jamuan Hari Raya MPKj 2010


Tarikh : 8hb Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Tempat : Perkarangan Menara MPKj

Semua dijemput hadir.

Thursday, September 2, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM


Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Susuibu.com telah mengadakan satu program komuniti iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim pada 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431 Hijrah di Dewan Bandaran Kajang.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman selaku Yang DiPertua MPKj beserta Encik Luqman Hakim bin Mohd Nor, Puan Norkamariah bt. Mohd Alwi dan Puan Norita Rahyu bt. Omar selaku wakil daripada Susuibu.com.

Diharapkan kerjasama dan sumbangan ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Sumber :
Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj.

Wednesday, June 23, 2010

Fiesta Kajang 2010




Marilah beramai-ramai meriahkan FIESTA KAJANG 2010 pada:

Tarikh : 30 Julai dan 1 Ogos 2010.

Tempat : Dataran Prima Saujana Kajang.

Waktu : 10.30 am - 10.30 pm

untuk keterangan lanjut sila layari http://www.fiestakajang.com




Friday, April 23, 2010

Senamrobik Poco-poco



11hb April – Amalkan Gaya Hidup Sihat, itulah mesej yang hendak disampaikan melalui Program Senamrobik Poco-Poco yang dianjurkan oleh Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, Majlis Perbandaran Kajang di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada Ibu Tunggal, penerima bantuan Program Pembasmian Kemiskianan Bandar(PPKB), warga MPKj dan juga penduduk-penduduk Bandar Baru Bangi telah hadir bagi memeriahkan program tersebut. Program senamrobik poco-poco ini diketuai oleh Encik Abdul Rahman bin Ali.

Syabas warga MPKj kerana merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat melalui amalan gaya hidup yang sihat. Adalah diharapkan program-program sebegini diadakan secara tetap setiap bulan bagi mewujudkan masyarakat yang aktif dan sihat.


Sumber :
Bahagian Komuniti, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj.


MPKj Fun Race 2010



4 April 2010 - Majlis Perbandaran Kajang dan Persatuan Kembara Negara telah menganjurkan Program MPKj Fun Race 2010 bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Sebanyak 35 pasukan yang terdiri daripada orang awam, kakitangan MPKj, MPP serta pelajar-pelajar IPTA dan IPTS telah menyertai program ini.

Kategori yang ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan adalah untuk kategori terbuka dan IPTA/IPTS diwakili oleh 2 orang peserta bagi 1 pasukan dan bagi kategori kakitangan MPKj dan MPP pula seramai 4 orang bagi 1 pasukan. Dianggarkan jumlah peserta MPKj Fun Race ini adalah seramai 200 orang secara keseluruhannya.

Sebelum bermulanya acara MPKj Fun Race ini, para peserta dan orang awam dijemput untuk bersama menyertai aktiviti senamrobik yang telah diketuai oleh instruktor jemputan. Ianya adalah sebagai sesi pemanas badan dan aktiviti senaman pagi.

Disamping itu juga, pihak urusetia dikalangan MPKj telah mengadakan beberapa aktiviti seperti gerai jualan, pertandingan mewarna, acara sukaneka bagi kanak-kanak, pertandingan karaoke terbuka, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pusat Perubatan Az-Zahrah dan pameran dari agensi kerajaan (PDRM,AADK, Jabatan Penjara Malaysia dan JPA). Kesemua aktiviti sampingan ini, dijalankan ketika pertandingan MPKj Fun Race sedang dilangsungkan khusus untuk orang awam.

Sesi perasmian penutup bermula pada pukul 2.00 petang yang telah dilaksanakan oleh YBhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang DiPertua MPKj. Seterusnya majlis disambung dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan sesi bergambar.


Sumber :
Bahagian Kebudayaan & Rekreasi dan Muzium & Perpustakaan,
Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj.




Futsal PBT Selangor



Pada 3 April 2010 bertempat di Sport Planet Bandar Teknologi Kajang telah diadakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah bagi acara Futsal Sukan Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor 2010.

Sebanyak 12 PBT di Selangor telah menyertai kejohanan tersebut. Bagi kategori lelaki, tempat pertama telah dimenangi oleh PBT MPSJ manakala bagi kategori perempuan juga dimenangi oleh MPSJ.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang Dipertua MPKj. Tetamu yang hadir adalah Tuan Timbalan Yang DiPertua, Ahli Majlis Lee Learn Eng, Pengarah-Pengarah Penguatkuasa Selangor serta Pengarah-Pengarah Jabatan Majlis Perbandaran Kajang.

Sumber :
Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, MPKj.

Monday, April 19, 2010

Latar Belakang Kajang

Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam Daerah Hulu Langat di Negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyberjaya Bandar Multimedia Negara. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa penempatan Melayu, Cina dan India.


Kawasan perkampungan rata-rata didiami oleh orang-orang melayu. Orang-orang cina tinggal secara berselerak di sekitar Bandar Kajang. Manakala kawasan-kawasan ladang getah didiami oleh orang-orang berketurunan India. Jika dilihat dari sudut topografinya pula, Mukim Kajang adalah terletak di kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dipenuhi oleh gunung. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di Mukim Kajang.



Masyarakat Melayu Tradisional gemar meneroka tempat kediaman di lembah-lembah sungai iaitu di lembangan-lembangan. Terutamanya di lembah-lembah Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Lukut. Sebenarnya pengertian Selangor bermakna Tanah Lembangan Lima Bintang Sungai-sungai tersebut. Pada waktu itu sungai menjadi jalan perhubungan untuk keluar masuk bagi satu-satu kawasan penempatan. Lembah-lembah sungai ini sangat subur untuk bercucuk tanam dan ia sesuai dengan petani-petani yang bergantung hidup kepada tanah. Mereka juga menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Kewujudan pekan Kajang juga bertitik tolak daripada faktor-faktor ini. Terdapat beberapa cerita lisan berkenaan dengan penerokaan awal pekan Kajang dan kawasan sekitarnya. Menurut orang-orang tua, Kajang dan kawasan sekitarnya sebelum didatangi peneroka-peneroka dari luar adalah merupakan kawasan kediaman orang-orang asli dari Suku Temuan. Menurut seorang pengkaji sejarah tempatan En. Shahabudin Ahmad, Kajang telah diterokai pada tahun 1709 oleh orang-orang asli yang berpusat di Klang. Pada waktu itu Klang diperintah oleh orang-orang asli yang ketuanya dipanggil Batin Seri Alam. Ketua ini mentadbir di Klang kerana ketika itu hutan ini adalah pusat pentadbiran bagi orang-orang asli. Klang mempunyai jajahannya yang tersendiri yang ditadbirkan oleh 3 orang anak kepada Batin Seri Alam.

PROGRAM TANAM POKOK MPKj- AEON JUSCO


Bandar Mahkota Cheras , 27 Mac 2010 – MPKj hari ini telah bekerjasama dengan AEON Jusco (M) Sdn Bhd bagi Program Menanam Pokok sebagai sebahagian projek CSR (Corporate Social Responsibilty) yang diadakan di AEON Jusco Bandar Mahkota Cheras.

Projek ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan disertai beberapa Ahli Exco yang lain. Program ini berjaya menunjukkan kerjasama erat antara PBT dan syarikat korporat bagi menghijaukan lagi negeri Selangor dengan lebih banyak pokok.

Sebanyak 3000 pokok telah ditanam dan program ini turut disertai oleh pelajar-pelajar sekolah berdekatan , persatuan penduduk dan agensi kerajaan yang lain.

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2010


Majlis Perasmian Sambutan Hari Landskap Negara 2010 telah diadakan pada 27hb Februari 2010, bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, jam 3 petang.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim bin Haji Ukin. Antara yang turut hadir ialah YB Dr. Shafie Abu Bakar ADUN Bangi, YB Dr. Che Rusli Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat, ADUN Kajang YB En. Lee Khim Sin, En. Isa bin Haji Ahmad Ketua Pengarah Jabatan Lanskap Negara, YDP MPKj Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Haji Zainal Abidin A'la, Ahli-ahli Majlis MPKj dan pegawai-pegawai dari Kementerian.

Seterusnya majlis diteruskan dengan aktiviti penanaman beberapa pokok Cempaka Putih oleh Datuk Seri Panglima Haji Lajim dan lawatan ke gerai-gerai pameran dan jualan dengan diiringi oleh ADUN Bangi.

Sumber :
Bahagian Landskap, Jabatan Perancangan Pembangunan, MPKj.

Monday, February 22, 2010

Ikrar Perkhidmatan Awam MPKJ

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan MPKj berikrar semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas-tugas. Ke arah itu kami akan:-

> Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
> Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
> Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
> Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
> Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
> Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
> Berpegang teguh kepada ajaran agama.
> Bertugas dengan penuh komited, meningkatkan kualiti kawalan rahsia rasmi kerajaan dan perkhidmatan.
> Mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Kawasan Pentadbiran MPKJ


Struktur Organisasi MPKJ




Friday, February 19, 2010

Misi, Visi & Objektif

Misi
Mewujudkan perbandaran yang selesa, selamat, maju dan aktif (SeSMA) kepada para pelanggan berteraskan budaya kerja Mesra, Cepat, Tepat, Mudah, Efisyen dan Efektif (MCT MEE)

Visi

MPKj sebagai PBT yang ulung di Malaysia

Objektif

1. Pemodenan pengurusan pentadbiran ke arah kerajaan elektronik (EG) dan melaksanakan MS ISO 9001:2000

2.Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berakauntabiliti.

3.Bertanggungjawab terhadap perancangan kawasan dan memastikan pembangunan guna tanah, sosial dan alam sekitar selamat, indah dan selesa ke arah pembangunan mampan.

4.Mewujudkan persekitaran perbandaran yang indah dan mengekalkan keindahan semulajadi bagi keselesaan penduduk dan menggalakan pelancongan.

5.Menyediakan peraturan pelan dan bangunan yang seragam bercirikan rekabentuk berkualiti masyarakat.

6.Merancang dan melaksanakan program pembangunan dan penyelengaraan infrastruktur dan kemudahan awam.

7.Melibatkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam pembangunan dan aktiviti kemasyarakatan.

8.Memberi perkhimatan perbandaran (pengurusan sisa pejal dan pembersihan kawasan) yang berkualiti secara cekap dan berkesan

9.Merealisasikan Kajang sebagai Pusat Sate Terunggul Malaysia bertaraf dunia yang dilihat dari segi kualiti perkhidmatan iaitu dengan penyelidikan dan pembangunan yang konsisten serta mewujudkan Galeri Sate yang mempamerkan dokumen dan sejarah sate.

10.Menggalakkan aktiviti perniagaan yang terkawal yang mematuhi peraturan pelesenan.

11.Mewujudkan sistem perundangan dan penguatkuasaan yang adil dan berkesan.

12.Mewujudkan sistem penilaian yang adil dan dinamik.

13.Mewujudkan pengurusan harta dan pelaburan yang cekap dan seimbang.