Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Thursday, September 5, 2013

JAMUAN HARI RAYA MPKJ

Anda semua dijemput hadir ke Majlis Hari Raya MPKj. Pada :-

Tarikh   : 6 September 2013
Tempat  : Stadium Kajang
Jam : 2.30 Petang (Selepas Solat Jumaat)


Seminar Pengenalan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)

Unit Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan Seminar Pengenalan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) pada ketentuan seperti berikut :-
Tempat        :    Dewan Sawit, Malaysian Palm Oil Board ( MPOB)
                         No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi
                         43000 Kajang, Selangor
Tarikh          :    5 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa           :    8.00 Pagi – 1.00 Petang (Pendaftaran 7.45 Pagi)
Yuran          :    Percuma

Sila klik disini untuk borang maklumbalas kehadiran.

Sila klik disini untuk pelan lokasi MPOB.

Penyertaan adalah TERHAD.