Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Monday, July 14, 2014

Cukai Taksiran Penggal Kedua 2014

PERHATIAN kepada pemilik harta di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang, bil cukai taksiran bagi penggal kedua Julai hingga Disember 2014 telah pun dikeluarkan dan dihantar melalui pos pada pertengahan Jun 2014 yang lalu. Bagi pemilik yang belum menerima bil cukai taksiran, adalah dinasihatkan untuk hadir ke Menara MPKj atau kaunter-kaunter cawangan MPKj di Kompleks Hentian, Jalan Reko dan Bandar Tun Hussein Onn untuk mendapatkan bil salinan dan membuat pembayaran sebelum 31 Ogos 2014. Pemilik juga boleh membuat semakan dan pembayaran di laman sesawang MPKj iaitu www.mpkj.gov.my melalui pautan e-Taksiran dan e-Bayar. Selain itu kaunter bayaran di Menara MPKj juga dibuka pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Am dan Cuti Khas bermula pada 5 Julai 2014 sehingga 14 September 2014 dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

MPKj juga mengingatkan semua pemilik harta supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran mereka dengan kadar segera bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan undang-undang yang lebih keras. Sehingga kini, MPKj telah menyerahkan sebanyak 3,000 nama pemilik premis yang tegar kepada peguam panel untuk diambil tindakan di bawah Seksyen 156, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu proses tuntutan melalui mahkamah dan tindakan di bawah Seksyen 151 Akta yang sama iaitu tindakan untuk melelong hartanah mereka. Tindakan tegas ke atas penunggak-penunggak cukai taksiran ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga semua tunggakan dijelaskan oleh pemilik harta.

No comments:

Post a Comment