Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Thursday, October 7, 2010

PENGUMUMAN PERKHIDMATAN E-BAYAR

Kepada pelanggan yang dihormati:

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menyediakan perkhidmatan eBayar (pembayaran cukai taksiran secara online)melalui Laman Web MPKj (www.mpkj.gov.my) menggunakan kad kredit. Perkhidmatan ini telah boleh digunakan mulai 30 September 2010. Sebarang pertanyaan dan kemuskilan boleh diajukan kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Hasil.

Sila klik link di bawah untuk terus ke ruangan e-Bayar: http://www.mpkj.gov.my/web/guest/ebayar

Jamuan Hari Raya MPKj 2010


Tarikh : 8hb Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Tempat : Perkarangan Menara MPKj

Semua dijemput hadir.

Thursday, September 2, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM


Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Susuibu.com telah mengadakan satu program komuniti iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim pada 25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431 Hijrah di Dewan Bandaran Kajang.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman selaku Yang DiPertua MPKj beserta Encik Luqman Hakim bin Mohd Nor, Puan Norkamariah bt. Mohd Alwi dan Puan Norita Rahyu bt. Omar selaku wakil daripada Susuibu.com.

Diharapkan kerjasama dan sumbangan ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Sumber :
Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj.

Wednesday, June 23, 2010

Fiesta Kajang 2010




Marilah beramai-ramai meriahkan FIESTA KAJANG 2010 pada:

Tarikh : 30 Julai dan 1 Ogos 2010.

Tempat : Dataran Prima Saujana Kajang.

Waktu : 10.30 am - 10.30 pm

untuk keterangan lanjut sila layari http://www.fiestakajang.com




Friday, April 23, 2010

Senamrobik Poco-poco



11hb April – Amalkan Gaya Hidup Sihat, itulah mesej yang hendak disampaikan melalui Program Senamrobik Poco-Poco yang dianjurkan oleh Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, Majlis Perbandaran Kajang di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada Ibu Tunggal, penerima bantuan Program Pembasmian Kemiskianan Bandar(PPKB), warga MPKj dan juga penduduk-penduduk Bandar Baru Bangi telah hadir bagi memeriahkan program tersebut. Program senamrobik poco-poco ini diketuai oleh Encik Abdul Rahman bin Ali.

Syabas warga MPKj kerana merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat melalui amalan gaya hidup yang sihat. Adalah diharapkan program-program sebegini diadakan secara tetap setiap bulan bagi mewujudkan masyarakat yang aktif dan sihat.


Sumber :
Bahagian Komuniti, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj.


MPKj Fun Race 2010



4 April 2010 - Majlis Perbandaran Kajang dan Persatuan Kembara Negara telah menganjurkan Program MPKj Fun Race 2010 bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Sebanyak 35 pasukan yang terdiri daripada orang awam, kakitangan MPKj, MPP serta pelajar-pelajar IPTA dan IPTS telah menyertai program ini.

Kategori yang ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan adalah untuk kategori terbuka dan IPTA/IPTS diwakili oleh 2 orang peserta bagi 1 pasukan dan bagi kategori kakitangan MPKj dan MPP pula seramai 4 orang bagi 1 pasukan. Dianggarkan jumlah peserta MPKj Fun Race ini adalah seramai 200 orang secara keseluruhannya.

Sebelum bermulanya acara MPKj Fun Race ini, para peserta dan orang awam dijemput untuk bersama menyertai aktiviti senamrobik yang telah diketuai oleh instruktor jemputan. Ianya adalah sebagai sesi pemanas badan dan aktiviti senaman pagi.

Disamping itu juga, pihak urusetia dikalangan MPKj telah mengadakan beberapa aktiviti seperti gerai jualan, pertandingan mewarna, acara sukaneka bagi kanak-kanak, pertandingan karaoke terbuka, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pusat Perubatan Az-Zahrah dan pameran dari agensi kerajaan (PDRM,AADK, Jabatan Penjara Malaysia dan JPA). Kesemua aktiviti sampingan ini, dijalankan ketika pertandingan MPKj Fun Race sedang dilangsungkan khusus untuk orang awam.

Sesi perasmian penutup bermula pada pukul 2.00 petang yang telah dilaksanakan oleh YBhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang DiPertua MPKj. Seterusnya majlis disambung dengan sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan sesi bergambar.


Sumber :
Bahagian Kebudayaan & Rekreasi dan Muzium & Perpustakaan,
Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, MPKj.




Futsal PBT Selangor



Pada 3 April 2010 bertempat di Sport Planet Bandar Teknologi Kajang telah diadakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah bagi acara Futsal Sukan Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor 2010.

Sebanyak 12 PBT di Selangor telah menyertai kejohanan tersebut. Bagi kategori lelaki, tempat pertama telah dimenangi oleh PBT MPSJ manakala bagi kategori perempuan juga dimenangi oleh MPSJ.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang Dipertua MPKj. Tetamu yang hadir adalah Tuan Timbalan Yang DiPertua, Ahli Majlis Lee Learn Eng, Pengarah-Pengarah Penguatkuasa Selangor serta Pengarah-Pengarah Jabatan Majlis Perbandaran Kajang.

Sumber :
Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, MPKj.