Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Thursday, April 25, 2013

BERITA : Lawatan dari Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Ke MPKj

BERITA - Satu Lawatan telah diadakan dari pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 10 April 2013 di Menara MPKj. Acara bermula dengan ketibaan bas yang membawa seramai 59 orang pelajar yang terdiri dari penuntut Bachelor of Medical Science Technology in Environmental Healthcare dan Diploma of Medical Science Technology in Environmental Health Science programs serta seorang pensyarah iaitu Puan Masyita bt Mamot pada jam 10.00 pagi. Mereka disambut oleh Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj yang bertindak sebagai urusetia program ini.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan Asas Kebersihan Makanan dan Perlindungan Makanan yang memberi penekanan kepada pelaksanaan, pemantauan, dan penilaian keselamatan dan sebagainya. Penerangan telah diberikan oleh pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj (JPPK) iaitu Encik Zainal Abidin bin Elias. Kemudian sesi kedua pula telah disampaikan oleh Encik Mohd Redwan bin Jaafar juga dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj (JPPK).

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Encik Redwan bin Jaafar kepada Puan Masyitah binti Mamot sebagai kenangan serta sesi bergambar bersama dengan urusetia program dan menikmati makan tengahari pada pukul 12.20 tengahari sebelum bersurai.


No comments:

Post a Comment