Pages
Perutusan YDP
Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.
Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.
Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.
Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.
Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Promotion
Monday, December 9, 2013
Wednesday, December 4, 2013
Program Hutan Kita @ Majlis Perbandaran Kajang Bersama Masyarakat
Kempen Perangi Denggi ‘Jom Gempur Aedes’
Oleh itu, semua pihak hendaklah mengambil serius berkenaan demam denggi ini kerana ianya mampu membunuh. Sehingga hari ini, tiada rawatan yang spesifik untuk demam denggi, hanya rawatan simptomatik diberikan untuk mengawal demam denggi daripada menjadi demam denggi berdarah.
Sila klik pautan di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan denggi.
- Demam Denggi, Gejala dan Langkah Pencegahan
- Lokaliti Wabak Semasa MPKj - Tarikh kemaskini 1 Disember 2013
Friday, November 1, 2013
Monday, October 21, 2013
Majlis Korban Dan Aqikah Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan MPKj 2013
Majlis telah diadakan di perkarangan tempat letak kenderaan bersebelahan Menara MPKj dan dihadiri oleh Yang Dipertua Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Timbalan Yang Dipertua Tuan Hj Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan En Mohd Yunus bin Mohd Yusuf serta ahli-ahli Kelab Sukan dan Kebajikan MPKj.
Sebanyak 5 ekor lembu telah diniatkan untuk korban manakala seekor lembu pula diniatkan untuk aqikah. Majlis pada kali ini juga telah mendapat kerjasama dari pihak swasta dan juga orang perseorangan dimana mereka telah menyumbangkan lembu untuk diniatkan korban dan aqikah untuk anak-anak yatim kakitangan MPKj sendiri dan anak yatim dari rumah anak yatim Al-Kausar, Bandar Baru Bangi. Semoga para penyumbang ini memperoleh sebaik-baik rahmat daripada Allah SWT.
Pihak Kelab Sukan dan Kebajikan MPKj mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap pihak yang telah membantu melancarkan majlis ini samada secara langsung ataupun tidak langsung. Tanpa kerjasama semua pihak, majlis ini tidak dapat berjalan dengan sempurna.