Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Wednesday, December 4, 2013

Kempen Perangi Denggi ‘Jom Gempur Aedes’

Adalah dimaklumkan bahawa situasi Denggi semasa di Selangor secara amnya dan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang khususnya menunjukkan peningkatan yang mendadak.

Oleh itu, semua pihak hendaklah mengambil serius berkenaan demam denggi ini kerana ianya mampu membunuh. Sehingga hari ini, tiada rawatan yang spesifik untuk demam denggi, hanya rawatan simptomatik diberikan untuk mengawal demam denggi daripada menjadi demam denggi berdarah.

Sila klik pautan di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan denggi.

No comments:

Post a Comment