Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Wednesday, March 23, 2011

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2010 MPKj


TARIKH : 14 MAC 2011
TEMPAT : HOTEL MARRIOT, PUTRAJAYA

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010 MPKj telah diadakan pada 14 Mac 2011 bermula jam 7.30 malam bertempat di Hotel Marriot Putrajaya.

Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Dato’ Hj. Mohammed Khusrin Bin Hj. Munawi. Seramai 38 orang kakitangan telah penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 2 orang Penerima Anugerah Kakitangan Bersara Tahun 2010. Waris bagi kakitangan yang meninggal dunia juga telah diberi sijil penghargaan iaitu seramai 2 orang.

Selain daripada itu, aturcara diteruskan dengan memberi sijil penghargaan kepada 17 peserta yang telah berjaya dalam Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu MPKj 2011 Siri 4.

Majlis juga telah diserikan dengan acara cabutan bertuah, persembahan daripada Artis Jemputan,Tarian Poco-Poco dan persembahan daripada Band MPKj.

Sumber :
Bahagian Teknologi Maklumat, MPKj.

Thursday, March 10, 2011

KURSUS ASAS TRAUMA DAN KECEMASAN & LATIHAN RAWATAN KECEMASAN (FIRST AID)

TARIKH : 3hb. Mac, 2011
TEMPAT : Prescott Metro Inn, Kajang.


Kecemasan boleh berlaku di mana–mana sahaja tanpa mengira siapa, masa dan tempat. Oleh yang demikian, Majlis Perbandaran Kajang telah menjemput Dr Anuar bin Suun dari UiTM, Shah Alam sebagai tenaga pengajar kursus tersebut. Seramai 30 orang kakitangan telah dijemput untuk menghadiri kursus tersebut.

Rawatan kecemasan iaitu pernafasan adalah permulaan tajuk kursus. Kaedah tersebut perlu dilakukan di atas permukaan yang rata seperti simen untuk memudahkan rawatan kepada mangsa. Langkah–langkah rawatan kepada mangsa adalah dongak dagu, letak telinga perawat pada hidung, tengok pergerakan dada berfungsi atau tidak, sekiranya dada mangsa tidak berfungsi, tekan dada dengan kuat sebanyak 30 kali sedalam 1 hingga 2 inci.

Seterusnya adalah teknik yang betul merawat bengkak pada anggota badan. Ais yang telah dipecah–pecahkan dibungkus dalam plastik, diletakkan pada anggota badan yang bengkak serta diikat dengan pembalut. Kaedah ini dibiarkan selama 20 minit, selepas itu pembalut dibuka selama 4 jam dan diulang semula kaedah yang pertama. Mangsa yang menghidap penyakit kencing manis atau sakit jantung kaedah ini tidak sesuai dilakukan. Selain itu juga, mangsa yang patah atau luka rawatan menggunakan ais sangat tidak sesuai dilakukan.

Pengetahuan yang diberikan adalah diharapkan dapat memberi panduan terhadap perkara–perkara yang perlu dilakukan terutamanya pada masa–masa kecemasan.

Sumber :
Unit Latihan, MPKj.

TAKLIMAT SAKIT PUAN : KANSER

TARIKH : 25hb. Februari, 2011
TEMPAT : Mini Teater Cempaka Telur,
Tingkat 6, MPKj

Perumpamaan “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati” perlu ada dalam diri seseorang supaya kita dapat bertindak awal sebelum sesuatu penyakit itu merebak. Selaras dengan itu, pihak Majlis Perbandaran Kajang telah menjemput Dr N. Anusia A/P T. Nallanathan dari Klinik Kesihatan, Kajang untuk memberikan taklimat berkaitan sakit puan iaitu Kanser Payudara dan Kanser Pangkal Rahim. Seramai 77 orang kakitangan wanita MPKj telah dijemput untuk menghadiri taklimat serta melakukan pemeriksaan kesihatan.

Taklimat dimulakan dengan punca–punca utama penyakit kanser iaitu makanan, tembakau, alkohol, radiasi, sinaran cahaya matahari, pekerjaan, pengambilan ubat, pencemaran air udara, perokok yang tidak aktif serta keturunan. Kawalan yang perlu dilakukan dari aspek pemakanan adalah makan makanan yang tidak berlemak, hindari makanan ringan yang masam serta kurangkan minum air kopi dan minuman bergas. Selain itu, pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E, B–6 dan Evening Primrose Oil adalah digalakkan.

Setelah selesai taklimat, semua peserta dan kakitangan wanita MPKj dijemput untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di tempat yang disediakan. Seramai empat orang Jururawat dari Klinik Kesihatan, Kajang telah ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan “Breast Cancer dan Pap Smear” kepada kakitangan wanita MPKj.

Kesimpulan daripada program ini, dapat memberikan kesedaran kepada kakitangan wanita terhadap bahayanya kanser serta langkah–langkah awal untuk mencegah.


Sumber :
Unit Latihan, MPKj.

Monday, February 21, 2011

PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK MPP MPKj 2011

Kepada Persatuan Penduduk (JKP), JMB, JMC yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila hubungi Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon masing-masing atau terus ke urusetia di Jabatan Pembangunan Masyarakat, Tingkat 6, Menara MPKj.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Perumahan Teres dan Perumahan Bertingkat.

Geran Pengindahan sebanyak RM15,000.00 menanti Johan kategori Perumahan Teres dan Perumahan Bertingkat.

Sila hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKj untuk maklumat lanjut.

PROGRAM SENAMROBIK PERDANA


Program Senamrobik Perdana akan diadakan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi pada 13 dan 27 Februari 2011 (Ahad) bermula jam 7.30 pagi.

Semua warga Majlis Perbandaran Kajang dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut

NOTIS MAKLUMAN CUKAI TAKSIRAN

Adalah dimaklumkan bil cukai taksiran bagi penggal pertama Januari hingga Jun 2011 telah pun diproses dan dikeluarkan. Sila jelaskan cukai taksiran tersebut sebelum 28 Februari 2011 bagi mengelakkan dari dikenakan caj fi notis.

Tuan-tuan dan puan-puan juga boleh membuat semakan dan mencetak sendiri bil cukai taksiran melalui perkhidmatan e-Taksiran dan juga boleh terus membuat bayaran menggunakan kad kredit melalui perkhidmatan e-Bayar yang terdapat di dalam laman web ini.

Friday, December 24, 2010

TAWARAN PENGIKLANAN SECARA DIGITAL MELALUI PROGRAM PENSWASTAAN MPKj

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Kajang dengan ini menawarkan mana-mana syarikat yang berminat untuk melaksanakan kerja-kerja Pengiklanan Secara Digital di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang melalui Program Penswastaan (Usahasama) adalah dijemput untuk mengemukakan cadangan ke :

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Tingkat 4, Menara MPKj
Off Jalan Cempaka Putih
Jalan Semenyih, 43000 Kajang

Sekian, harap maklum.