Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Monday, September 22, 2014

Karnival 1Pesara

Sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan menganjurkan Karnival 1Pesara seperti  maklumat berikut:

Tarikh          :           23 dan 24 September 2014
Masa            :           8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat         :           Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor

Karnival yang bertemakan "Melakar Perubahan : Pesara Produktif Menelusuri Kesejahteraan" ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pesara dan kakitangan awam mengenai pengurusan kewangan serta peluang dalam bidang keusahawanan bagi menaikkan taraf hidup selepas persaraan. Antara pengisian lain sempena karnival ini ialah pemeriksaan kesihatan, padanan kerjaya, pameran daripada agensi Kerajaan dan swasta, program MyBestBuy, Pusat Transformasi Komuniti Bergerak serta pelbagai lagi inisiatif di bawah program NBOS.
Semua dijemput hadir.



Friday, September 5, 2014

Program Hari Bertemu Pelanggan MPKj di TESCO Semenyih


pic

Program Hari Bertemu Pelanggan MPKj 2014 telah berlangsung dengan jayanya di TESCO Semenyih pada hari sabtu yang lalu 30hb Ogos 2014. Program kali ketiga dibuat di luar bangunan MPKj untuk tahun 2014 ini bermula seawal jam 10.00 pagi hinga jam 3.00 petang.

Pelbagai hadiah saguhati telah diberikan kepada pengunjung yang hadir. Pada program ini juga MPKj telah berjaya mengedarkan sebanyak  300 beg kitar semula kepada pengunjung sempena Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi yang mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.

MPKj telah membuka kaunter aduan dan kaunter pungutan cukai taksiran bagi memudahkan penduduk setempat membuat bayaran dan semakan cukai pintu secara terus kepada MPKj. Pihak MPKj berharap program ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk setempat dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Hasil dari maklumat penduduk sebanyak 15 aduan telah berjaya diterima pada program kali ini, khususnya aduan mengenai masalah sampah.

Pihak MPKj mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengunjung yang telah turut sama menjayakan program ini.

Thursday, August 7, 2014

Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2014

Berikut maklumat Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2014 :
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua taman-taman perumahan yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang(MPKj).
  2. Setiap taman hendaklah mengemukakan permohonan melalui pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk zon masing-masing.
  3. Terdapat 2 kategori dipertandingkan iaitu Perumahan Teres dan Perumahan Bertingkat serta minimum 30 unit rumah bagi setiap penyertaan.
  4. Setiap kategori akan diperuntukkan sebanyak RM15000 wang tunai iaitu merangkumi tempat pertama RM5000, tempat kedua RM4000, tempat ketiga RM3000, tempat keempat RM2000 dan tempat kelima RM1000.
  5. Setiap persatuan perlulah mempunyai akaun persatuan untuk memudahkan penyaluran hadiah wang tunai kepada pemenang.
  6. Pemenang tempat pertama pertandingan kejiranan terbaik MPP MPKj 2013 bagi Kategori Teres dan Bertingkat tidak boleh menyertai pertandingan pada tahun ini bagi memberi peluang kepada kejiranan yang lain.
  7. Penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada MPKj sebelum atau pada 22 Ogos 2014. Penilaian ke atas taman akan dibuat sepanjang bulan September 2014.
  8. Keputusan juri adalah muktamad.
  9. Untuk muat turun borang penyertaan sila klik link di bawah.