Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Monday, April 15, 2013

Kursus Kemahiran Umum - Pendidikan Pencegahan Kebakaran

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Kursus Kemahiran Umum – Pendidikan Pencegahan Kebakaran pada 8April 2013 (Isnin), bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat di Mini Teater Cempaka Telur, Tingkat 6, Menara MPKj.
 
Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan berkaitan kefahaman tentang punca-punca kebakaran, teknik menghadapi kebakaran, cara-cara pencegahan kebakaran dan keperluan utama pencegahan kebakaran di dalam kediaman.
 
Selain sesi penerangan, turut diadakan sesi soal jawab dan penjualan produk pencegahan kebakaran.Pada akhir program ini, para peserta akan mendapat pengetahuan mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran dan teknik-teknik menyelamatkan diri serta cara-cara mengelakkan terjadinya kebakaran.
 

Friday, April 5, 2013

Permohonan Geran Persatuan Penduduk

Untuk makluman, setiap Persatuan Penduduk boleh memohon geran persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Pemberian geran ini adalah di bawah inisiatif mewujudkan kejiranan yang selamat dan harmoni serta menyokong peranan Persatuan Penduduk mewujudkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Penduduk boleh memohon melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor di alamat berikut : -

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor
Kementerian Dalam Negeri
Tingkat 18, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran
40675 Shah Alam  Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5510 6427 / 03-5510 6479

Sila layari laman sesawang www.ros.gov.my untuk keterangan lanjut. Permohonan akan ditutup pada 30 Jun 2013.

Tuesday, March 19, 2013

Tempahan Padang Awam di Batu 14 Hulu Langat dan Semenyih

Dimaklumkan bahawa mulai pada 1 April 2013 semua tempahan dan penggunaan padang awam di Batu 14 Hulu Langat dan Semenyih akan diuruskan oleh MPKj sendiri.

Tempahan penggunaan padang awam tersebut perlu dibuat di Kaunter  Tempahan Tingkat 6, Jabatan Khidmat Pengurusan, Menara MPKj.

Sekian, harap maklum.







JAWATAN KOSONG - Tarikh Tutup 1 April

Senarai Jawatan Kosong :

1. PEMBANTU PENGUATKUASA ( N17 ) | 10 Kekosongan.

2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA ( N27 ) |  2 Kekosongan.

3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (U29) | 9 Kekosongan.

Untuk maklumat lanjut sila layari website MPKj :

http://www.mpkj.gov.my


Monday, March 11, 2013

JAWATAN KOSONG DI MPKj

Senarai Jawatan Kosong :

1.  JURUTEKNIK PERANCANG ( J17 )  | 4 Kekosongan.

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG & DESA (J29) | 2 Kekosongan.

3. JURUTEKNIK SENIBINA ( J17 ) | 7 Kekosongan.

4. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA ( J29 ) | 2 Kekosongan.

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR ( N27 ) | 4 Kekosongan.

Tarikh tutup 25 Mac 2013.

Untuk keterangan lanjut sila layari website MPKj.

MPKj Website

Syarat Kelayakan, klik link dibawah.

Syarat-Syarat Kelayakan

Untuk muat turun borang permohonan jawatan, sila klik link di bawah.

Borang Jawatan Kosong


Saturday, December 10, 2011

BERITA : EMINAR MALAYSIA GOVERNMENT PORTALS AND WEBSITES ASSESSMENT (MGPWA) 2011

Seminar Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2011 dengan kerjasama pihak MDeC dan MAMPU telah diadakan pada 1hb Disember 2011 di Dewan B1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Aturcara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah bt Mohd Zahri. Agenda bagi seminar pada kali ialah sesi pembentangan daripada MAMPU (Open Source in Web Development),pembentangan daripada MDeC (Overview and Achievement of MGPWA 2011), dan majlis penganugerahan kepada portal dan laman web kerajaan yang mendapat 5 bintang.

Pada sesi pagi, majlis penganugerahan kepada 163 portal dan laman web kerajaan 5 bintang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah bt Mohd Zahri.

Bagi sesi petang, majlis penganugerahan kepada 122 portal dan laman web kerajaan 5 bintang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan setelah acara pembukaan rasmi dilakukan. Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan) yang mewakili Majlis Perbandaran Kajang telah menerima anugerah tersebut pada sesi ini.

Sebelum bersurai, telah diadakan sesi fotografi kepada semua penerima anugerah. 

Monday, September 5, 2011

SKIM CERIA (Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Bagi Pangsapuri) Oleh Kerajaan Negeri Selangor

KONSEP
Kaedah ‘perkongsian kos’ antara Kerajaan Negeri dan pemilik berdaftar / pembeli pangsapuri seperti berikut:

a)    Rumah Pangsa Kos Rendah
       Pembahagian kos :
       -    Kerajaan Negeri                              : 80%
       -    JMB / MC / Persatuan Penduduk    : 20%

b)    Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah & Rumah Pangsa Kos Sederhana
       Pembahagian kos akan diberitahu kemudian.

KELAYAKAN
a)    Pangsapuri yang mempunyai kerosakan harta bersama yang kritikal.
       Skop Kerja pembaikan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
        i)    membaiki bumbung
        ii)   pembentungan
        iii)   membaiki lif
        iv)   mengecat bangunan bagi bangunan yang telah luntur cat (kritikal sahaja)
        v)    membaiki/membina rumah sampah
        vi)   sistem pencegahan kebakaran.

b)   Untuk setiap pangsapuri hanya satu (1) jenis harta bersama sahaja yang dibenarkan untuk dibaikpulih.

(c)  Pangsapuri mesti mempunyai  JMB/MC/Persatuan Penduduk.

(d)  Kedudukan kewangan yang memuaskan.

PERMOHONAN
Untuk memohon skim ini pihak JMB / MC / Persatuan penduduk boleh berhubung dengan Unit Pesuruhjaya Bangunan di talian 03-8736 8375 atau email kepada azman_ismail@mpkj.gov.my, atau azhari@mpkj.gov.my, atau nadiah@mpkj.gov.my.

TARIKH TUTUP
12 September 2011 (Isnin)