TARIKH    :    27 MAC 2011
TEMPAT   :    STADIUM KAJANG
Majlis Perbandaran Kajang telah  menganjurkan Sukaneka Antara Majlis Perpaduan Penduduk Majlis  Perbandaran Kajang pada 27hb Mac 2011 bermula jam 7.30 pagi hingga 2.00  petang bertempat di Stadium Kajang.
Tujuan sukaneka ini diadakan  ialah untuk menyatukan semua penduduk di bawah pentadbiran MPKj selain  dapat mewujudkan suasana harmonis diantara penduduk yang berbilang kaum. 
Seramai 800 orang peserta telah mengambil bahagian dalam  pelbagai aktiviti yang dibahagikan kepada acara-acara mengikut kategori  iaitu Kategori Kanak-Kanak (bawah 12 tahun), Remaja (bawah 18 tahun),  Dewasa (atas 18 tahun), Keluarga, VIP dan Terbuka.
Antara acara  sukaneka yang diadakan ialah Tarik Tali, Gorilla Walk, Tiup Gula-Gula  Dalam Tepung, Susun Batu Bata, Dadu Beracun, Isi Air Dalam Botol Guna  Span, Tiup Belon Hingga Pecah, Lari Bawa Ping Pong Dalam Sudu, Pancing  Botol dan Tangkap Ayam Kampung.
Hadiah telah disampaikan oleh Ahli-Ahli Majlis MPKj. Pihak MPKj akan menjadikan program ini sebagai satu acara tahunan untuk penduduk MPKj bertemu satu sama lain.
Sumber :
Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj.
 
 
No comments:
Post a Comment