Pages
Perutusan YDP
Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.
Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.
Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.
Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.
Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Promotion
Monday, September 5, 2011
SKIM CERIA (Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Bagi Pangsapuri) Oleh Kerajaan Negeri Selangor
Kaedah ‘perkongsian kos’ antara Kerajaan Negeri dan pemilik berdaftar / pembeli pangsapuri seperti berikut:
a) Rumah Pangsa Kos Rendah
Pembahagian kos :
- Kerajaan Negeri : 80%
- JMB / MC / Persatuan Penduduk : 20%
b) Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah & Rumah Pangsa Kos Sederhana
Pembahagian kos akan diberitahu kemudian.
KELAYAKAN
a) Pangsapuri yang mempunyai kerosakan harta bersama yang kritikal.
Skop Kerja pembaikan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
i) membaiki bumbung
ii) pembentungan
iii) membaiki lif
iv) mengecat bangunan bagi bangunan yang telah luntur cat (kritikal sahaja)
v) membaiki/membina rumah sampah
vi) sistem pencegahan kebakaran.
b) Untuk setiap pangsapuri hanya satu (1) jenis harta bersama sahaja yang dibenarkan untuk dibaikpulih.
(c) Pangsapuri mesti mempunyai JMB/MC/Persatuan Penduduk.
(d) Kedudukan kewangan yang memuaskan.
PERMOHONAN
Untuk memohon skim ini pihak JMB / MC / Persatuan penduduk boleh berhubung dengan Unit Pesuruhjaya Bangunan di talian 03-8736 8375 atau email kepada azman_ismail@mpkj.gov.my, atau azhari@mpkj.gov.my, atau nadiah@mpkj.gov.my.
TARIKH TUTUP
12 September 2011 (Isnin)
Thursday, July 28, 2011
Bengkel Tarian Zapin
Tarikh : 30 dan 31 Julai, 2011 [Sabtu dan Ahad]
Tempat : Dewan Bandaran Kajang
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Penyertaan terbuka kepada anak-anak kakitangan Majlis Perbandaran Kajang yang berumur 7 hingga 17 tahun dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Daerah Hulu Langat. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di talian 87377899 samb. 7008 dan 7060. Penyertaan adalah percuma.
SEMINAR PENGURUSAN BANGUNAN BERSTRATA KEPADA BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Ia berlangsung pada pukul 8.00pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Nusantara, INSPEN Bangi.
Seminar telah dirasmikan oleh Timbalan Yang DiPertua MPKj iaitu Tuan Muhammad Hafiz bin Shaari. Peserta seminar adalah terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) dan Pemilik/Pembeli Petak. Dianggarkan lebih kurang 200 peserta dan tetamu jemputan hadir pada seminar kali ini.
Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran & pemahaman peserta seminar mengenai kepentingan aspek pengurusan & penyelenggaraan bangunan berstrata terhadap kualiti kehidupan berpenghuni.
Selain itu untuk memberi pengetahuan mengenai aspek-aspek penting dalam pengurusan & penyelenggaraan bangunan berstrata. Memberi penerangan mengenai hak & peranan JMB serta membina hubungan baik antara Pesuruhjaya Bangunan, JMB & Pembeli/Pemilik Petak.
Sepanjang seminar ini berlangsung, peserta telah didedahkan mengenai cara & amalan professional pengurusan & penyelenggaraan bangunan berstrata yang meliputi aspek-aspek seperti berikut :
- Pentadbiran dan Kewangan
- Operasi baik pulih dan senggaraan
- Pengurusan keselamatan & Pengurusan risiko
- Pemahaman Undang-Undang
- Menaiktaraf dan ubahsuai
Sumber :
Unit Pesuruhjaya Bangunan, MPKj