Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Friday, November 1, 2013

Selamat Menyambut Awal Muharram

Salam Awal Muharram 1435H

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"

Daripada Kami Warga Kerja MPKj


Selamat Menyambut Hari Deepavali

Selamat Menyambut Hari Deepavali

2 November 2013

Daripada Kami Warga Kerja MPKj


Monday, October 21, 2013

Majlis Korban Dan Aqikah Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan MPKj 2013

Kelab Sukan dan Kebajikan MPKj telah menganjurkan Majlis Korban dan Aqikah pada 17hb Oktober 2013 bersamaan dengan 12 Zulhijah 1434H bersempena dengan sambutan Aidiladha pada tahun ini.

Majlis telah diadakan di perkarangan tempat letak kenderaan bersebelahan Menara MPKj dan dihadiri oleh Yang Dipertua Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Timbalan Yang Dipertua Tuan Hj Zul-Kefli @ Zulkefli bin Khalid, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan En Mohd Yunus bin Mohd Yusuf serta ahli-ahli Kelab Sukan dan Kebajikan MPKj.

Sebanyak 5 ekor lembu telah diniatkan untuk korban manakala seekor lembu pula diniatkan untuk aqikah.  Majlis pada kali ini juga telah mendapat kerjasama dari pihak swasta dan juga orang perseorangan dimana mereka telah menyumbangkan lembu untuk diniatkan korban dan aqikah untuk anak-anak yatim kakitangan MPKj sendiri dan anak yatim dari rumah anak yatim Al-Kausar, Bandar Baru Bangi.  Semoga para penyumbang ini memperoleh sebaik-baik rahmat daripada Allah SWT.

Pihak Kelab Sukan dan Kebajikan MPKj mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap pihak yang telah membantu melancarkan majlis ini samada secara langsung ataupun tidak langsung.  Tanpa kerjasama semua pihak, majlis ini tidak dapat berjalan dengan sempurna.

Thursday, October 10, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada semua warga kajang dan semua umat islam. Ikhlas dari kami MPKj.

Wednesday, October 2, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG | TARIKH TUTUP 14HB OKTOBER 2013

JAWATAN KOSONG DI MPKj

JAWATAN : PEGAWAI TADBIR (N41)
KEKOSONGAN : 1 (KONTRAK / TETAP)

JAWATAN : MEKANIK ( TUKANG K2 - R11 )
KEKOSONGAN : 2

JAWATAN : PEMASANG DAWAI ( WIREMAN ) TUKANG K3 – R9
KEKOSONGAN :  2

Untuk Maklumat Lanjut sila layari webiste MPKj : www.mpkj.gov.my

PDF : Iklan Jawatan Kosong

Thursday, September 5, 2013

JAMUAN HARI RAYA MPKJ

Anda semua dijemput hadir ke Majlis Hari Raya MPKj. Pada :-

Tarikh   : 6 September 2013
Tempat  : Stadium Kajang
Jam : 2.30 Petang (Selepas Solat Jumaat)


Seminar Pengenalan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)

Unit Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan Seminar Pengenalan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) pada ketentuan seperti berikut :-
Tempat        :    Dewan Sawit, Malaysian Palm Oil Board ( MPOB)
                         No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi
                         43000 Kajang, Selangor
Tarikh          :    5 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa           :    8.00 Pagi – 1.00 Petang (Pendaftaran 7.45 Pagi)
Yuran          :    Percuma

Sila klik disini untuk borang maklumbalas kehadiran.

Sila klik disini untuk pelan lokasi MPOB.

Penyertaan adalah TERHAD.