Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Thursday, August 27, 2015

Sambutan Kemerdekaan Ke-58 Dan Hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor


Hari Bertemu Pelanggan MPKJ 2015


Karnival Sihat Selangor 2015

Tarikh    :     12hb September 2015 (Sabtu)
Masa      :     7.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat :     Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi

Karnival Sihat Selangor 2015 iaitu kesinambungan daripada Kempen Gaya Hidup Sihat Selangor yang telah dilancarkan pada tahun Mac 2014.

Pelaksanaan ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan setiap PBT di Selangor.
Objektif :
  • Memberi kesedaran awam mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas
  • Membolehkan masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan percuma
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya denggi
  • Mempromosikan program bantuan sihat Selangor kepada masyarakat setempat
Pengisian :
  • Larian santai kemerdekaan
  • Aktiviti kayuhan jantung hatiku
  • Aktiviti senamrobik
  • Promosi pemakanan sihat
  • Promosi kesihatan oleh JKNS
  • Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Daerah
  • Pemeriksaan kesihatan percuma oleh PERKESO
  • Pemeriksaan mamogram oleh MAKNA
  • Program derma darah
  • Program kesedaran denggi
  • Promosi program bantuan sihat Selangor
  • Jualan produk kesihatan
Semua dijemput hadir.

Pertandingan Kejiranan Terbaik MPP MPKj 2015

* Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah :

Harap maklum.

Monday, July 13, 2015

Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2015.


SALAM AIDILFITRI


Penutupan Kaunter Cawangan MPKj Pada 20hb Julai 2015

Adalah dimaklumkan bahawa KAUNTER BAYARAN MPKj di BANDAR TUN HUSSEIN ONN dan KOMPLEKS HENTIAN KAJANG, JALAN REKO akan DITUTUP PADA 20 JULAI 2015 dan akan dibuka semula seperti biasa pada 21 Julai 2015. Segala urusan pertanyaan / pembayaran masih boleh dilakukan di KAUNTER UTAMA, MENARA MPKj pada hari tersebut.

Selain itu, pembayaran Cukai Taksiran juga boleh dibuat melalui :
  • Kios Bayaran (24 jam di pondok pengawal Menara MPKj) dan Kios Bayaran di Lobi Menara MPKj.
     
  • Semua Pejabat Pos dan Pos Mini di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya / PosOnline – www.posonline.com.my
     
  • Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) di Negeri Selangor. Hanya bil asal, bayaran secara tunai dan penuh sahaja yang akan diterima.
     
  • e-Bayar – www.mpkj.gov.my / Maybank – www.Maybank2u.com.my , Kawanku Phone Banking / Citibank online – www.citibank.com.my / HSBC Internet Banking – www.hsbc.com.my , Telebanking / AmBank Online Banking – https://ambank.amonline.com.my / RHB Bank Online – www.rhb.com.my / AMEX Autobilling / Bank Rakyat – www.bankrakyat.com.my, Kaunter Bank / CIMB Bank – www.cimbclicks.com.my / Bank Islam i-TAP.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Wednesday, December 17, 2014

Pembaharuan Lesen Perniagaan MPKj Tahun 2015


Makluman Caj Bayaran Proses Di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Berkuatkuasa 1hb Januari 2015, caj bayaran proses bagi beberapa permohonan di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta akan dikenakan merujuk senarai seperti berikut :

BIL PERMOHONAN CAJ BAYARAN PROSES
1.
Pertukaran Nama Pemilik/Pendaftaran Nama (Pindahmilik Pemilik)
RM50.00 setiap transaksi
2.
Permohonan Pengesahan Cukai Taksiran
RM20.00 setiap hakmilik
3.
Permohonan Remisi (Perniagaan dan Perindustrian)
RM50.00 setiap hakmilik
4.
Permohonan Carian Rasmi
RM20.00 setiap harta
5.
Permohonan Penyewaan Tapak Billboard
RM20.00 setiap tapak permohonan
6.
Permohonan Penyewaan Harta Majlis
RM20.00 setiap unit permohonan
7.
Permohonan Penyewaan Kawasan Lapang
RM20.00 setiap lokasi permohonan

Harap maklum.

Monday, September 22, 2014

Karnival 1Pesara

Sukacita memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan menganjurkan Karnival 1Pesara seperti  maklumat berikut:

Tarikh          :           23 dan 24 September 2014
Masa            :           8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat         :           Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor

Karnival yang bertemakan "Melakar Perubahan : Pesara Produktif Menelusuri Kesejahteraan" ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pesara dan kakitangan awam mengenai pengurusan kewangan serta peluang dalam bidang keusahawanan bagi menaikkan taraf hidup selepas persaraan. Antara pengisian lain sempena karnival ini ialah pemeriksaan kesihatan, padanan kerjaya, pameran daripada agensi Kerajaan dan swasta, program MyBestBuy, Pusat Transformasi Komuniti Bergerak serta pelbagai lagi inisiatif di bawah program NBOS.
Semua dijemput hadir.



Friday, September 5, 2014

Program Hari Bertemu Pelanggan MPKj di TESCO Semenyih


pic

Program Hari Bertemu Pelanggan MPKj 2014 telah berlangsung dengan jayanya di TESCO Semenyih pada hari sabtu yang lalu 30hb Ogos 2014. Program kali ketiga dibuat di luar bangunan MPKj untuk tahun 2014 ini bermula seawal jam 10.00 pagi hinga jam 3.00 petang.

Pelbagai hadiah saguhati telah diberikan kepada pengunjung yang hadir. Pada program ini juga MPKj telah berjaya mengedarkan sebanyak  300 beg kitar semula kepada pengunjung sempena Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi yang mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.

MPKj telah membuka kaunter aduan dan kaunter pungutan cukai taksiran bagi memudahkan penduduk setempat membuat bayaran dan semakan cukai pintu secara terus kepada MPKj. Pihak MPKj berharap program ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk setempat dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Hasil dari maklumat penduduk sebanyak 15 aduan telah berjaya diterima pada program kali ini, khususnya aduan mengenai masalah sampah.

Pihak MPKj mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengunjung yang telah turut sama menjayakan program ini.