Perumpamaan “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati” perlu ada dalam diri seseorang supaya kita dapat bertindak awal sebelum sesuatu penyakit itu merebak. Selaras dengan itu, pihak Majlis Perbandaran Kajang telah menjemput Dr N. Anusia A/P T. Nallanathan dari Klinik Kesihatan, Kajang untuk memberikan taklimat berkaitan sakit puan iaitu Kanser Payudara dan Kanser Pangkal Rahim. Seramai 77 orang kakitangan wanita MPKj telah dijemput untuk menghadiri taklimat serta melakukan pemeriksaan kesihatan.
Taklimat dimulakan dengan punca–punca utama penyakit kanser iaitu makanan, tembakau, alkohol, radiasi, sinaran cahaya matahari, pekerjaan, pengambilan ubat, pencemaran air udara, perokok yang tidak aktif serta keturunan. Kawalan yang perlu dilakukan dari aspek pemakanan adalah makan makanan yang tidak berlemak, hindari makanan ringan yang masam serta kurangkan minum air kopi dan minuman bergas. Selain itu, pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E, B–6 dan Evening Primrose Oil adalah digalakkan.
Setelah selesai taklimat, semua peserta dan kakitangan wanita MPKj dijemput untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di tempat yang disediakan. Seramai empat orang Jururawat dari Klinik Kesihatan, Kajang telah ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan “Breast Cancer dan Pap Smear” kepada kakitangan wanita MPKj.
Kesimpulan daripada program ini, dapat memberikan kesedaran kepada kakitangan wanita terhadap bahayanya kanser serta langkah–langkah awal untuk mencegah.
Sumber :
Unit Latihan, MPKj.
No comments:
Post a Comment