Kecemasan boleh berlaku di mana–mana sahaja tanpa mengira siapa, masa dan tempat. Oleh yang demikian, Majlis Perbandaran Kajang telah menjemput Dr Anuar bin Suun dari UiTM, Shah Alam sebagai tenaga pengajar kursus tersebut. Seramai 30 orang kakitangan telah dijemput untuk menghadiri kursus tersebut.
Rawatan kecemasan iaitu pernafasan adalah permulaan tajuk kursus. Kaedah tersebut perlu dilakukan di atas permukaan yang rata seperti simen untuk memudahkan rawatan kepada mangsa. Langkah–langkah rawatan kepada mangsa adalah dongak dagu, letak telinga perawat pada hidung, tengok pergerakan dada berfungsi atau tidak, sekiranya dada mangsa tidak berfungsi, tekan dada dengan kuat sebanyak 30 kali sedalam 1 hingga 2 inci.
Seterusnya adalah teknik yang betul merawat bengkak pada anggota badan. Ais yang telah dipecah–pecahkan dibungkus dalam plastik, diletakkan pada anggota badan yang bengkak serta diikat dengan pembalut. Kaedah ini dibiarkan selama 20 minit, selepas itu pembalut dibuka selama 4 jam dan diulang semula kaedah yang pertama. Mangsa yang menghidap penyakit kencing manis atau sakit jantung kaedah ini tidak sesuai dilakukan. Selain itu juga, mangsa yang patah atau luka rawatan menggunakan ais sangat tidak sesuai dilakukan.
Pengetahuan yang diberikan adalah diharapkan dapat memberi panduan terhadap perkara–perkara yang perlu dilakukan terutamanya pada masa–masa kecemasan.
Sumber :
Unit Latihan, MPKj.
No comments:
Post a Comment