Program Hari Bertemu Pelanggan MPKj 2014 telah berlangsung dengan jayanya di TESCO Semenyih pada hari sabtu yang lalu 30hb Ogos 2014. Program kali ketiga dibuat di luar bangunan MPKj untuk tahun 2014 ini bermula seawal jam 10.00 pagi hinga jam 3.00 petang.
Pelbagai hadiah saguhati telah diberikan kepada pengunjung yang hadir. Pada program ini juga MPKj telah berjaya mengedarkan sebanyak 300 beg kitar semula kepada pengunjung sempena Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang bertujuan menyemai semangat sayangkan bumi yang mampu dijadikan sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.
MPKj telah membuka kaunter aduan dan kaunter pungutan cukai taksiran bagi memudahkan penduduk setempat membuat bayaran dan semakan cukai pintu secara terus kepada MPKj. Pihak MPKj berharap program ini dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk setempat dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Hasil dari maklumat penduduk sebanyak 15 aduan telah berjaya diterima pada program kali ini, khususnya aduan mengenai masalah sampah.
Pihak MPKj mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengunjung yang telah turut sama menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment