Ia berlangsung pada pukul 8.00pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Nusantara, INSPEN Bangi.
Seminar telah dirasmikan oleh Timbalan Yang DiPertua MPKj iaitu Tuan Muhammad Hafiz bin Shaari. Peserta seminar adalah terdiri daripada Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) dan Pemilik/Pembeli Petak. Dianggarkan lebih kurang 200 peserta dan tetamu jemputan hadir pada seminar kali ini.
Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran & pemahaman peserta seminar mengenai kepentingan aspek pengurusan & penyelenggaraan bangunan berstrata terhadap kualiti kehidupan berpenghuni.
Selain itu untuk memberi pengetahuan mengenai aspek-aspek penting dalam pengurusan & penyelenggaraan bangunan berstrata. Memberi penerangan mengenai hak & peranan JMB serta membina hubungan baik antara Pesuruhjaya Bangunan, JMB & Pembeli/Pemilik Petak.
Sepanjang seminar ini berlangsung, peserta telah didedahkan mengenai cara & amalan professional pengurusan & penyelenggaraan bangunan berstrata yang meliputi aspek-aspek seperti berikut :
- Pentadbiran dan Kewangan
- Operasi baik pulih dan senggaraan
- Pengurusan keselamatan & Pengurusan risiko
- Pemahaman Undang-Undang
- Menaiktaraf dan ubahsuai
Sumber :
Unit Pesuruhjaya Bangunan, MPKj
No comments:
Post a Comment