Persatuan Kembara Negara dengan Kerjasama Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Hulu Langat Adventure Race 2010 pada 20hb November hingga 21hb November 2010 bertempat di dataran Gunung Nuang, Hulu Langat. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Pelepasan peserta bagi program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Khalid bin Yunus selaku Presiden PKN. Manakala upacara perasmian penutup dan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman selaku YDP Majlis Perbandaran Kajang.
Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Kategori Campuran Terbuka. Setiap pasukan adalah terdiri daripada 2 orang peserta. Hulu Langat Adventure Race 2010 telah disertai sebanyak 25 pasukan dari Kategori Lelaki Terbuka dan 25 pasukan dari Kategori Campuran Terbuka. Objektif program ini diadakan adalah untuk menggalakkan program sukan yang bercirikan disiplin sukan lasak serta memperkenalkan Eco-Tourism di sekitar kawasan Hulu Langat.
Antara yang hadir pada hari tersebut ialah YBhg. Dato' Hj. Khalid bin Yunus selaku Presiden PKN. Wakil dari Pejabat Hutan, Jabatan Pertahanan Awam, BOMBA, PDRM, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan UKM. Antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh peserta ialah Berlari, Berbasikal, Jungle Tracking, Merempuh Halangan (Absailing), dan Berkayak sejauh 55 KM secara keseluruhannya.
Hadiah kejuaraan adalah sebanyak RM3000, tempat Ke-2 sebanyak RM2000 dan tempat Ke-3 adalah sebanyak RM1000 bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. Pertandingan Hulu Langat Adventure Race MPKj ini adalah program tahunan dan dijangkakan pada tahun 2011 ianya akan dilaksanakan pada bulan Disember 2011.
Sumber :
Bahagian Kebudayaan & Rekreasi, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj.
No comments:
Post a Comment