Pages
Perutusan YDP
Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.
Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.
Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.
Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.
Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
Promotion
Thursday, August 27, 2015
Karnival Sihat Selangor 2015
Masa : 7.30 pagi – 1.00 tengahari
Tempat : Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Karnival Sihat Selangor 2015 iaitu kesinambungan daripada Kempen Gaya Hidup Sihat Selangor yang telah dilancarkan pada tahun Mac 2014.
Pelaksanaan ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dengan setiap PBT di Selangor.
Objektif :
- Memberi kesedaran awam mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dan cergas
- Membolehkan masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan percuma
- Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya denggi
- Mempromosikan program bantuan sihat Selangor kepada masyarakat setempat
- Larian santai kemerdekaan
- Aktiviti kayuhan jantung hatiku
- Aktiviti senamrobik
- Promosi pemakanan sihat
- Promosi kesihatan oleh JKNS
- Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Daerah
- Pemeriksaan kesihatan percuma oleh PERKESO
- Pemeriksaan mamogram oleh MAKNA
- Program derma darah
- Program kesedaran denggi
- Promosi program bantuan sihat Selangor
- Jualan produk kesihatan
Wednesday, August 26, 2015
Wednesday, August 5, 2015
Monday, July 13, 2015
Penutupan Kaunter Cawangan MPKj Pada 20hb Julai 2015
Selain itu, pembayaran Cukai Taksiran juga boleh dibuat melalui :
- Kios Bayaran (24 jam di pondok pengawal Menara MPKj) dan Kios Bayaran di Lobi Menara MPKj.
- Semua Pejabat Pos dan Pos Mini di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya / PosOnline – www.posonline.com.my
-
Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) di
Negeri Selangor. Hanya bil asal, bayaran secara tunai dan penuh sahaja
yang akan diterima.
- e-Bayar – www.mpkj.gov.my / Maybank – www.Maybank2u.com.my , Kawanku Phone Banking / Citibank online – www.citibank.com.my / HSBC Internet Banking – www.hsbc.com.my , Telebanking / AmBank Online Banking – https://ambank.amonline.com.my / RHB Bank Online – www.rhb.com.my / AMEX Autobilling / Bank Rakyat – www.bankrakyat.com.my, Kaunter Bank / CIMB Bank – www.cimbclicks.com.my / Bank Islam i-TAP.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG