Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Wednesday, July 23, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin


Dari Kami Semua Warga Kerja MPKj.

Penutupan Kaunter Cawangan Hasil MPKj Pada 30hb Julai 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Kaunter Cawangan Hasil MPKj di BANDAR TUN HUSSEIN ONN dan KOMPLEKS HENTIAN KAJANG, JALAN REKO akan DITUTUP pada 30 JULAI 2014. Walau bagaimanapun, segala urusan pertanyaan / pembayaran masih boleh dilakukan seperti biasa di Kaunter Utama, Menara MPKj pada hari tersebut.
Selain itu, pembayaran Cukai Taksiran juga boleh dibuat melalui :
  • Kios Bayaran (24 jam di pondok pengawal Menara MPKj) dan Kios Bayaran di Lobi Menara MPKj.
  • Semua Pejabat Pos dan Pos Mini di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya / PosOnline – www.posonline.com.my
  • Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah Daerah (PTD) di Negeri Selangor. Hanya bil asal, bayaran secara tunai dan penuh sahaja yang akan diterima.
  • e-Bayar – www.mpkj.gov.my / Maybank – www.Maybank2u.com.my , Kawanku Phone Banking / Citibank online – www.citibank.com.my / MBF ‘click n’ pay – www.mbfcards.com , ‘call n’ pay’ / HSBC Internet Banking – www.hsbc.com.my , Telebanking / AmBank Online Banking – www.ambankgroup.com / RHB Bank Online – www.rhb.com.my / AMEX Autobilling / Bank Rakyat – www.bankrakyat.com.my, Kaunter Bank / CIMB Bank – www.cimbclicks.com.my /

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Monday, July 14, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI NUZUL QURAN


Cukai Taksiran Penggal Kedua 2014

PERHATIAN kepada pemilik harta di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kajang, bil cukai taksiran bagi penggal kedua Julai hingga Disember 2014 telah pun dikeluarkan dan dihantar melalui pos pada pertengahan Jun 2014 yang lalu. Bagi pemilik yang belum menerima bil cukai taksiran, adalah dinasihatkan untuk hadir ke Menara MPKj atau kaunter-kaunter cawangan MPKj di Kompleks Hentian, Jalan Reko dan Bandar Tun Hussein Onn untuk mendapatkan bil salinan dan membuat pembayaran sebelum 31 Ogos 2014. Pemilik juga boleh membuat semakan dan pembayaran di laman sesawang MPKj iaitu www.mpkj.gov.my melalui pautan e-Taksiran dan e-Bayar. Selain itu kaunter bayaran di Menara MPKj juga dibuka pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Am dan Cuti Khas bermula pada 5 Julai 2014 sehingga 14 September 2014 dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

MPKj juga mengingatkan semua pemilik harta supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran mereka dengan kadar segera bagi mengelakkan dari dikenakan tindakan undang-undang yang lebih keras. Sehingga kini, MPKj telah menyerahkan sebanyak 3,000 nama pemilik premis yang tegar kepada peguam panel untuk diambil tindakan di bawah Seksyen 156, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) iaitu proses tuntutan melalui mahkamah dan tindakan di bawah Seksyen 151 Akta yang sama iaitu tindakan untuk melelong hartanah mereka. Tindakan tegas ke atas penunggak-penunggak cukai taksiran ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga semua tunggakan dijelaskan oleh pemilik harta.

Monday, July 7, 2014

Pelaksanaan Projek Single Sign On (MAMPU) Untuk Perkhidmatan Online Bagi PBT di Selangor



Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah membangunkan fungsi single sign-on pada Portal myGovernment di bawah Projek Single Sign On (SSO).


Projek ini akan mewujudkan satu gerbang utama bagi perkhidmatan online Kerajaan di mana pengguna hanya perlu menggunakan 1 Login-ID sahaja untuk mencapai pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan.


Sebanyak 30 agensi Kerajaan telah dipilih sebagai perintis termasuk 5 PBT di Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Perkhidmatan berkenaan boleh diakses melalui Portal myGovernment (www.malaysia.gov.my) dengan hanya satu ID pengguna sahaja berkuatkuasa pada 29 April 2014.