Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Thursday, April 25, 2013

Permohonan Baru Lesen Penjaja Ditutup Sementara

Permohonan Baru Lesen Penjaja Ditutup Sementara

 

  Sila Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas.

 

Talian Bilik Gerakan Negeri PRU PSUK -

Talian Bilik Gerakan Negeri PRU PSUK -

HEBAHAN NOMBOR TELEFON, FAKSIMILI dan EMAIL
BILIK GERAKAN NEGERI PRU PSUK
Adalah dimaklumkan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSUK) akan membuka Bilik Gerakan Negeri untuk PRU ke -13 bagi PSUK Selangor bermula dari tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor sehingga pembentukkan Kerajaan. Bagi tujuan penyaluran maklumat-maklumat
berkenaan perjalanan PRU ke-13 seluruh daerah Negeri Selangor, kaedah perhubungan ke Bilik Gerakan Negeri PSUK boleh dihubungi seperti
berikut:-

No. telefon : 03-55212344/ 2345/ 2346/ 2347/ 2348/ 2349
No. faksimili : 03-55212351/ 2377
Email : pru_psuk@selangor.gov.my

BERITA : Lawatan dari Pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Ke MPKj

BERITA - Satu Lawatan telah diadakan dari pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 10 April 2013 di Menara MPKj. Acara bermula dengan ketibaan bas yang membawa seramai 59 orang pelajar yang terdiri dari penuntut Bachelor of Medical Science Technology in Environmental Healthcare dan Diploma of Medical Science Technology in Environmental Health Science programs serta seorang pensyarah iaitu Puan Masyita bt Mamot pada jam 10.00 pagi. Mereka disambut oleh Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj yang bertindak sebagai urusetia program ini.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan Asas Kebersihan Makanan dan Perlindungan Makanan yang memberi penekanan kepada pelaksanaan, pemantauan, dan penilaian keselamatan dan sebagainya. Penerangan telah diberikan oleh pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj (JPPK) iaitu Encik Zainal Abidin bin Elias. Kemudian sesi kedua pula telah disampaikan oleh Encik Mohd Redwan bin Jaafar juga dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPKj (JPPK).

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Encik Redwan bin Jaafar kepada Puan Masyitah binti Mamot sebagai kenangan serta sesi bergambar bersama dengan urusetia program dan menikmati makan tengahari pada pukul 12.20 tengahari sebelum bersurai.


Monday, April 15, 2013

Kursus Kemahiran Umum - Pendidikan Pencegahan Kebakaran

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Kursus Kemahiran Umum – Pendidikan Pencegahan Kebakaran pada 8April 2013 (Isnin), bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat di Mini Teater Cempaka Telur, Tingkat 6, Menara MPKj.
 
Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan berkaitan kefahaman tentang punca-punca kebakaran, teknik menghadapi kebakaran, cara-cara pencegahan kebakaran dan keperluan utama pencegahan kebakaran di dalam kediaman.
 
Selain sesi penerangan, turut diadakan sesi soal jawab dan penjualan produk pencegahan kebakaran.Pada akhir program ini, para peserta akan mendapat pengetahuan mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran dan teknik-teknik menyelamatkan diri serta cara-cara mengelakkan terjadinya kebakaran.
 

Friday, April 5, 2013

Permohonan Geran Persatuan Penduduk

Untuk makluman, setiap Persatuan Penduduk boleh memohon geran persatuan penduduk yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Pemberian geran ini adalah di bawah inisiatif mewujudkan kejiranan yang selamat dan harmoni serta menyokong peranan Persatuan Penduduk mewujudkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Penduduk boleh memohon melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor di alamat berikut : -

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor
Kementerian Dalam Negeri
Tingkat 18, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran
40675 Shah Alam  Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5510 6427 / 03-5510 6479

Sila layari laman sesawang www.ros.gov.my untuk keterangan lanjut. Permohonan akan ditutup pada 30 Jun 2013.