Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Saturday, December 10, 2011

BERITA : EMINAR MALAYSIA GOVERNMENT PORTALS AND WEBSITES ASSESSMENT (MGPWA) 2011

Seminar Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) 2011 dengan kerjasama pihak MDeC dan MAMPU telah diadakan pada 1hb Disember 2011 di Dewan B1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Aturcara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah bt Mohd Zahri. Agenda bagi seminar pada kali ialah sesi pembentangan daripada MAMPU (Open Source in Web Development),pembentangan daripada MDeC (Overview and Achievement of MGPWA 2011), dan majlis penganugerahan kepada portal dan laman web kerajaan yang mendapat 5 bintang.

Pada sesi pagi, majlis penganugerahan kepada 163 portal dan laman web kerajaan 5 bintang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, YBhg. Dato’ Dr. Nor Aliah bt Mohd Zahri.

Bagi sesi petang, majlis penganugerahan kepada 122 portal dan laman web kerajaan 5 bintang telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan setelah acara pembukaan rasmi dilakukan. Pegawai Teknologi Maklumat (Kanan) yang mewakili Majlis Perbandaran Kajang telah menerima anugerah tersebut pada sesi ini.

Sebelum bersurai, telah diadakan sesi fotografi kepada semua penerima anugerah.