Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang melayari Portal MPKj.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua warga MPKj. Menjelang Tahun 2015 ini, MPKj berazam untuk terus komited dalam meningkatkan perkhidmatan pengurusan perbandaran kepada semua pelanggan dan penduduk kearah mewujudkan sebuah perbandaran yang Selesa, Selamat, Maju dan Aktif.

Seiring dengan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I.C.T), portal ini adalah wadah yang terbaik untuk para pengunjung dan pelanggan MPKj mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan serta menyampaikan maklumbalas positif ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan MPKj. Sempena Tahun 2015 ini, saya menyeru semua warga kerja MPKj dan seluruh penduduk MPKj untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang lebih erat ke arah menjadikan perbandaran kita lebih bersih, selesa dan maju.

Terima kasih atas sokongan anda dan selamat melayari Portal MPKj.



Y.BRS TUAN MOHD SAYUTHI BIN BAKAR SMS.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Promotion

smilesmilesmile smile smile smile smile smile smile

Saturday, April 2, 2011

SUKANEKA ANTARA MAJLIS PERPADUAN PENDUDUK MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 2011

TARIKH : 27 MAC 2011
TEMPAT : STADIUM KAJANG

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Sukaneka Antara Majlis Perpaduan Penduduk Majlis Perbandaran Kajang pada 27hb Mac 2011 bermula jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Stadium Kajang.

Tujuan sukaneka ini diadakan ialah untuk menyatukan semua penduduk di bawah pentadbiran MPKj selain dapat mewujudkan suasana harmonis diantara penduduk yang berbilang kaum.

Seramai 800 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dibahagikan kepada acara-acara mengikut kategori iaitu Kategori Kanak-Kanak (bawah 12 tahun), Remaja (bawah 18 tahun), Dewasa (atas 18 tahun), Keluarga, VIP dan Terbuka.

Antara acara sukaneka yang diadakan ialah Tarik Tali, Gorilla Walk, Tiup Gula-Gula Dalam Tepung, Susun Batu Bata, Dadu Beracun, Isi Air Dalam Botol Guna Span, Tiup Belon Hingga Pecah, Lari Bawa Ping Pong Dalam Sudu, Pancing Botol dan Tangkap Ayam Kampung.

Hadiah telah disampaikan oleh Ahli-Ahli Majlis MPKj. Pihak MPKj akan menjadikan program ini sebagai satu acara tahunan untuk penduduk MPKj bertemu satu sama lain.

Sumber :
Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj.